Assalamu’alaikum…

Semua wanita ingin kelihatan  cantik..Saya..anda..dan kita semua begitu. Cantik macam Zulaikha.. Cantik macam Saidatina Ai’syah..dan kalau di Malaysia cantik macam Maya Karin (kerana saya sangat suka melihat Maya Karin tanpa mekap, tak menjejaskan walau sedikitpun imejnya).

Kita mmg ingin cantik dengan cara sendiri. Ingin cantik dengan rasa sendiri. Tak salah untuk menjadi cantik. Tapi dengan syarat tidak melanggar segala hukum yang telah Allah tetapkan. Kerana cantik itu pun datang daripadaNYA. Anugerah istimewa.

Sekadar ingin berkongsi di sini. Wajah adalah tarikan utama bagi setiap yang memandang. Fitrah manusia. Judge a book by its cover. Terpulang pada yng menilai. Kerana dari mata turun ke hati. Jarang sekali saya dengar org bermadah dari hati turun ke mata. Mungkin juga ada. Tapi belum saya jumpa. Allah sukakan keindahan. Saya juga sukakan yang indah2 belaka, indah dan cantik pada mata saya. Saya terus saja ke point utama saya ;)

Facial Cleanser – Dermalogica vs Clarins and Others

Dermalogica . Saya jatuh suka pada Dermalogica sejak hampir 2 tahun yang lalu (seingat saya lah…hihihi). Textilenya sangat mild dan tidak seheavy produk kecantikan yang lain. Saya suka mencuba. Dari produk tempatan i.e Sri Mawar, Azie, De Wajah,O’lynn, Rynas, AG 2000, Sabun susu kambing sehinggalah rawatan cara tradisional menggunakan tepung ubi, kunyit, timun, tomato, asam jawa, leech theraphy, rawatan resdung dan banyakkkk lagi ;) Ada yang menunjukkan hasil dengan izin Allah namun ada juga yg biasa2 saja. Tapi saya mahu juga cuba. Itu produk tempatan. Minat saya melangkaui sempadan waktu dan negara. Sejak memulakan kerjaya hampir 2 tahun dahulu, saya mula mengenali Dermalogica, Clinique, Body Shop, Cellnique dan yang terbaru adalah Clarins. Banyakkan?? (sengih smpi telinga… ;) Sebabnya?? MINAT ;)  Itu saja. Banyak perbezaannya between all the products. Tapi yng pastinya..Dermalogica telah letakkan standard/benchmark yang terlalu tinggi untuk dibandingkan dengan produk2 yang lain.

Ini mengikut citarasa saya. Mungkin takkan sama dengan anda. Sbb fitrah kita berbeza. Dermalogica lebih mementingkan hydration kulit ditahap optimum sebelum beransur ke skin care yang lain. Tidak focus pada whitening, tapi kesihatan kulit dari dalam. Saya  belajar banyak perkara di sini. Selalu saja saya bertanyakan tentang whitening products terutamanya lepas pulang dari Sabah ;) Tapi setiap kali jawapan yg diterima..We’ll make sure your hydration is good then you can move to brighten up your skin..Sangat kaciwa..tapi lama kelamaan saya sudah biasa dengan cara mereka. They greet your first name like friends do.. and very well trained a.k.a Professional. Pernah saja saya bersembang2 dengan therapist di situ. Dermaogica ada akademi sendiri..and all the therapists are not allowed to go and treat customer selagi tangan tak lembut….fuhhhhhhh…mmg la u ols ni ;) Seriously mmg sgt lembut pun. Betul. Kita mmg takkan hargai apa yang ada sehinggalah benda itu hilang dari kita. Sungguh, saya mula rasa bosan dan ingin cuba produk yang baru. Kini..tibalah giliran Clarins untuk di uji cuba ;)

Clarins – Jika dibandingkan harga, Clarins jauh lebih murah berbandingkan Dermalogica.

Memandangkan azam tahun ni sejak birthday yang lalu ingin berjimat…kerana itu saya memilih Clarins ;) Dari segi kualiti produk, juga jauh berbeza dengan Dermalogica. Pada awalnya, saya tak biasa dengan foam and fragrance from Clarins. Kerana cleanser yang betul2 menjaga kualiti tak akan pny foam neither smell (fragrance). Ujian biasa sebelum sebarang produk ditawarkan untuk pengguna, any skin care akan jalankan test especially di T-Zone utk classify sama ada kulit berminyak, kulit normal atau kulit kering. Clarins juga begitu. Ketika therapist meletakkan tangan di wajah,  saya terkejut seketika  krn sy membayangkan ada machine canggih mcm di Dermalogica. Tapi tidak di Clarins kerana semuanya dijalankan secara manual. Bersyukur sgt2 kala sy mendengar “Your skin condition is very good (Alhamdulillah). Hydration all okay :) Sangat bersyukur. Senyum sebentar.

Alhamdulillah.. ;) Terbayang Dermalogica..long term effect. Sekarang bru sy faham..mmg hampir kesemua produk Dermalogica tak akan berikan kesan serta merta..Saya menunggu hampir 2 tahun… kesannya baru terasa.

Setelah hampir 2 bulan saya menggunakan Clarins, Alhamdulillah. Walaupun tak secanggih dermalogica, tapi Clarins ada caranya sendiri. Tanpa machine canggih, Clarins punya rangkaian pengguna setia yg boleh tahan juga bilangannya. Tapi dalam hati melonjak2 untuk bertukar pada Dermalogica semula. Moga Allah Redha..Bagi sahabat2 sy di luar yg masih mencari cleanser yg sesuai, boleh cari yang;

  • Tiada bau (sgt natural..walaupun bhn chemical tetap ada tapi tak strong sgt berbanding yg punya bau)
  • Tiada buih (ini mmg betul2 kualiti)
  • Punya antioxidant utk mencegah cancer..insyaAllah.
  • Banyak extract buah2an spt chamomile & raspberry

p/s: Sun block is a MUST. Malas mcm mna pun kena pakai utk elakkan pigmentation. Once ada pigment di muka mmg sgt sukar utk  hilang..

Jadilah cantik dengan cara kita sendiri, cara yang halal…kerana cantik itu sangat subjektif..Bukan untuk menunjuk2..tapi sekadar untuk menyenangkan pemandangan bagi yang halal untuk memandangnya:) tak perlu bermekap tebal..cuma pastikan kesemua anugerah drpd Allah ini dijaga dengan sebaik mungkin.  Anda semua cantik …dimata saya…

Moga Allah Redha..

 

About these ads